Hakim Allaudeen Ismail membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM1 juta  bagi semua pertuduhan itu dan menetapkan 13 Oktober bagi sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen yang berkaitan.

Mahkamah memerintahkan supaya tertuduh mendepositkan wang jaminan RM400,000 hari ini sementara bakinya RM600,000 pada Rabu depan.

Perbicaraan akan didengar pada 9 hingga 13 Januari 2017.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aida Adha Abu Bakar dan  Ahmad Akram Karim manakala tertuduh diwakili peguam M. Athimulan dan T. Gunaseelan.

SPRM sebelum ini menahan reman Syed Afendy Ali selama  tujuh hari bermula 16 hingga 22 Ogos lalu sebelum menyambung tempoh tahanannya selama lima hari lagi sehingga 27 Ogos ini. - UTUSAN ONLINE