Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Kuan Yau yang juga dikenali dengan gelaran Superman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kuan Yau ditahan polis di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang kira-kira pukul 1 petang semalam.

Pada 13 Mac lalu, Kuan Yau menerusi status Facebook miliknya memuat naik poster filem animasi Disney, Beauty and The Beast yang turut disertakan dengan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. - UTUSAN ONLINE