Saksi ketiga bagi prosiding inkues bagi hari kedua ini, Ahmad Shahril Othman yang merupakan pemandu kenderaan tersebut berkata, ketika kenderaannya dikerumuni orang ramai, beliau telah berpusing ke bahagian kanan sambil memegang stereng dan pintu bagi mengelakkan ia dibuka daripada luar.

"Ketika itu, lebih daripada tiga orang memakai topi keledar cuba membuka pintu dan mengetuk cermin. Pada masa itu, kedudukan saya yang membelakangi Muhammad Adib sedang cuba menahan pintu daripada dibuka dan tangan kiri memegang stereng.

"Selepas itu, jentera FRT yang berundur telah mengakibatkan van EMRS berpusing dan berada dekat dengan FRT di bahagian kiri. Pada ketika itu, saya perasaan Muhammad Adib tiada dan keadaan pintu tertutup," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah.-UTUSAN ONLINE