SOFI JIKAN hadir ke mahkamah setelah didakwa memasukkan dadah ke dalam badan, di Mahkamah Petaling Jaya, Selangor hari ini. - UTUSAN/SURIYA BONMA


Majistret Nurulhuda Zakariya menetapkan tarikh tersebut semasa kes terhadap Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, disebut di hadapan beliau hari ini.


Dalam prosiding berkenaan, dokumen berhubung kes itu telah diserahkan oleh pihak pendakwaan kepada peguam yang mewakili pelakon itu, Datuk Haniff Hassan.


Pada 13 Februari lalu, Sofi mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 11.15 malam, 6 Februari lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Pada 9 Februari lalu, Sofi dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama tiga hari untuk membantu siasatan berhubung laporan polis dilakukan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil.

Dalam laporan tersebut, Farid Kamil didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik kejadian memasukkan dadah dalam minumannya.