Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Shahrul Imam Abdul Rahman, 21, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap seorang gadis yang merupakan pelajar tingkatan dua ketika kejadian.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah, di Desa Mentari di sini kira-kira pukul 5 petang, 3 Mac 2016.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Ashy’ari Kamaruzaman sementara Muhammad Shahrul Imam tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE