Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran sewaktu sebutan semula kes itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kali pertama representasi pelakon filem Anak Halal ditolak ialah 16 Oktober lalu. 

Sehubungan itu, kes hari ini diteruskan dengan perbicaraan. 

Pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Sembilan hari kemudian, Farid Kamil turut didakwa atas pertuduhan menggunakan dadah jenis tetra hydrocannabinol atau THC. - UTUSAN ONLINE