Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar, Rehah Ismail, di Mahkamah Majistret Georgetown di sini.

Lelaki berusia 20 tahun itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bayan Lepas di sini sebelum ini direman selama tujuh hari bermula 26 Oktober lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Pada 25 Oktober lalu, pelajar tingkatan lima, Intan Suraya Mawardi dijumpai bapanya dalam keadaan berselimut dan dikelar pada bahagian leher di rumahnya, di Bandar Baru Teluk Kumbar, Balik Pulau di sini.

Mangsa juga didakwa dirogol sebelum dibunuh oleh pengawal ke­selamatan itu yang juga merupakan kenalannya.