Tiga lagi individu dijangka memberi keterangan di hadapan tujuh anggota panel yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, menjadikan jumlah keseluruhan 38 saksi telah memberi keterangan sejak hari pertama prosiding pada 16 April lepas.

Individu pertama tampil memberi keterangan hari ini selaku saksi ke-36 ialah Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Perlis Monica Joseph Gaisah.

RCI yang diperkenan penubuhannya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Jan lalu itu berlangsung di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri di sini yang diubah suai seperti mahkamah.

Ia diadakan susulan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.

Antara lain, RCI itu diadakan bertujuan meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan dengan kes penemuan kem penempatan sementara serta kubur di Wang Kelian. - BERNAMA