Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan, Izani Mohd Zain berkata, mereka dituduh di bawah Seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada Isnin lepas.

Sabit kesalahan boleh didenda maksima RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Maimoonah Aid yang kemudiannya membenarkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang.

"Tertuduh pertama didakwa gagal menyelia penggunaan traktor pemotong rumput manakala tertuduh kedua pula didakwa gagal menyediakan prosedur kerja selamat penggunaan traktor pemotong rumput," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 13 Februari lepas, seorang pelajar perempuan maut manakala dua pelajar lelaki cedera selepas bilah pisau pemotong rumput terpelanting mengenai kesemua mangsa. - BERNAMA