Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan demikian pada Rabu lalu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri agar permohonan itu didengar hari ini.

Najib tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.50 pagi ini.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna jawatan berhubung wang RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Rabu lalu, Ahli Parlimen Pekan itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan ke atas keempat-empat pertuduhan berkenaan selain tiga pertuduhan baharu iaitu beliau didakwa

menerima wang RM42 juta hasil daripada aktiviti haram yang dikaitkan dengan dana syarikat sama. - UTUSAN ONLINE