Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nur Akmal Azisham, 21, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Nur Akmal didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki rumah milik Tun Rahah Mohd. Noah di Jalan Eaton Off Jalan Tun Razak di sini pada pukul 9.45 malam, 15 Ogos lalu. 

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syakirin Yaccob mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE.