Mohd. Kareem Mohamid, 41, didakwa melakukan cubaan merompak seunit telefon bimbit jenama iPhone 5s milik seorang pekerja restoran makanan segera, Muhamad Zul Helmi Hassan, 18, dan sebuah motosikal milik Wan Muhammad Shahrul Afizan Wan Kamaruddin,18, yang bekerja di sebuah butik pakaian.

Dia yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di taman permainan blok 28, Flat Sri Melaka, Jalan Siakap, di sini kira-kira pukul 2 pagi, 16 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Aris Kamaluddin mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.


Hakim Rohatul Akmar Abdullah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana tiada ahli keluarganya yang hadir ke mahkamah dan menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE