Hasan Masala, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Hasan didakwa telah menyebabkan kematian ke atas Koo Kar Chung, 56, di sebuah bengkel membaiki motokar di Taman Malim Jaya di sini antara pukul 7 hingga 7.30 pagi pada 8 Julai lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Mahkamah menetapkan 3 September ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. - UTUSAN ONLINE