Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail  pada prosiding hari ini yang ditetapkan untuk mengetahui keputusan representasi yang dihantar oleh tertuduh-tertuduh  ke

Pejabat Peguam Negara pada bulan lalu.

Terdahulu pada prosiding itu Timbalan Pendakwa Raya,  Datuk Masri Mohd. Daud memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya telah menerima dan meneliti representasi yang dikemukakan pihak pembelaan dalam kes itu.

Sehubungan itu pihaknya memutuskan pada peringkat ini untuk menarik balik pertuduhan ke atas kedua-dua tertuduh dan memohon mahkamah agar melepas tanpa membebaskan mereka.

Namun begitu permohonan  melepas tanpa membebaskan kedua-dua tertuduh  oleh pihak pendakwaan itu dibantah peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Guan Eng, sebaliknya beliau memohon   agar anak  guamnya dilepas dan  dibebaskan oleh mahkamah.

Ketika membacakan keputusan itu Hakim Hadhariah berkata, sejak perbicaraan dijalankan seramai 25 saksi telah dipanggil dan masih terdapat 20 lagi saksi yang mungkin dipanggil memberi keterangan selepas ini.

"Di mahkamah ini sepatutnya tak ada 'case installment', kena ada full stop tak boleh koma selepas kes sudah berjalan dengan 25 saksi dipanggil tiba-tiba nak tangguhkan kes seketika.

"Jadi selepas mengkaji keseluruhan kes saya memutuskan untuk melepas dan membebaskan kedua-dua tertuduh atas kedua-dua pertuduhan yang dihadapi," katanya.- UTUSAN ONLINE