Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Tengku Faiz Kamarul Azhan Tengku Kamarudin, 34, selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Sofiea Faqihah Abdul Raqiib yang berusia setahun di sebuah rumah di  Taman Gombak Permai, Gombak di sini, antara pukul 7.30 dan 8.05 malam, 4 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. - UTUSAN ONLINE