Mohd. Hafiy Ahmad, 31, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Mahyudin Mohamad Som atas pertuduhan didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan itu terhadap Nurul Hasyimah Ishak, 27, menggunakan tangannya di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju di sini pada pukul 8.30 malam, 20 Jun lalu.

Bapa tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Mohd. Hafiy yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 September ini untuk sebutan kes. - UTUSAN ONLINE