Majistret Mahyudin Mohamad Som menjatuhkan hukuman terhadap R. Shatheesvaran, 35, yang didakwa melakukan perbuatan itu di rumah yang disewa oleh Sakhidar Md. Hannan di tingkat tiga, Bangunan Haji Suhaimi, Jalan Sentul Pasar, Sentul pada pukul 6.20 petang, 2 Jun lalu.

Lelaki yang masih bujang itu didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Shatheesvaran yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap lelaki itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh tangkap, 2 Jun lalu. - UTUSAN ONLINE