Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memberi arahan untuk menubuhkan syarikat tersebut.

Saksi pendakwaan ke-37 dalam keterangannya berkata, penubuhan Ihsan Perdana adalah untuk mengelak berlakunya percanggahan konflik.

"Ini kerana sukar untuk memindahkan wang ke Ihsan Perdana bagi tujuan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan pembayaran kepada kontraktor," katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib dalam perbicaraan hari ke-19, melibatkan bekas Perdana Menteri berhubung dana SRC International.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC. - UTUSAN ONLINE.