“Saya sangat tersentuh hati dengan kesanggupan Zaleha mengorbankan gelang kesayangannya untuk menyumbang kepada tabung bantuan ikat jamin saya,” katanya menerusi akaun Twitter, hari ini.

Semalam, Zaleha menyerahkan gelang tangannya untuk didermakan kepada tabung tersebut yang dilancarkan bagi memudahkan urusan guaman bekas Perdana Menteri itu.

Menerusi klip video yang dimuat naik dalam akaun Facebook, Zaleha berharap pemberian itu dapat membantu Najib yang kini melalui detik-detik sukar untuk membersihkan namanya berhubung dakwaan membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd sebanyak RM42 juta. - UTUSAN ONLINE