Sehubungan itu, perbicaraan kes itu akan bermula setiap hari setiap hari bermula 19 Ogos hingga 15 November, kecuali hari Jumaat sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini.

Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika membaca penghakiman ringkasnya menyatakan, Najib telah didakwa dengan pertuduhan membabitkan 1MDB pada September 2018 dan kes masih belum dibicarakan walaupun sudah hamper setahun.

"Kes ini juga merupakan satu kes membabitkan kepentingan awam. Saya tidak nampak sebab munasabah untuk perbicaraan kes ini ditangguhkan lebih lama. Permohonan pihak pendakwaan ditolak dan perbicaraan akan diteruskan pada tarikh-tarikh yang sudah ditetapkan,” katanya.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion. - UTUSAN ONLINE