Lawatan diketuai Hakim Rofiah Mohamad yang bertindak sebagai Koroner dan akan berada di sana kira-kira pukul 10.30 pagi.

Peguam mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib, Mohd. Kamaruzaman A Wahab berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa semua peguam termasuk Timbalan Pendakwa Raya selaku Pegawai Pengendali dan tiga saksi terlebih dulu akan berkumpul di mahkamah sebelum menuju ke lokasi kejadian.

"Ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu di sekitar lokasi berkenaan. Selepas lawatan selesai, semua akan berpatah semula ke mahkamah.

"Setakat ini, kita berpuas hati dengan hari pertama prosiding inkues pada hari ini," katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Koroner di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE