Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret L.Umadevi di Mahkamah Majistret Georgetown kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Penahanan reman lima anggota tersebut dibuat oleh SPRM bagi membantu siasatan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri ini.

Difahamkan, 17 lagi anggota penguat kuasa yang ditahan SPRM telah dibebaskan dengan jaminan semalam.

Selain itu, kelmarin 23 daripada 24 penguat kuasa JPJ negeri yang direman SPRM Rabu lalu, dibebaskan dengan jaminan manakala seorang lagi masih ditahan berikutan siasatan ke atasnya belum selesai.

Menurut sumber, kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang berkenaan dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak kira RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah itu sudah melebihi RM140,000. - UTUSAN ONLINE