Mohd. Nazaruddin Najmuddin, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan parah dengan jalan menggunakan bahan berkenaan yang mengakibatkan kelecuran kepada bekas rakan sekerjanya Nor Shafika Hasim, 32.

Perbuatan tersebut dilakukan di Jalan Pandan Indah 22, Pandan Indah dekat sini pukul 7.40 malam 25 Januari lalu dan dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan yang dikendalikan  Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie dibuat Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun selain denda atau sebatan. - UTUSAN ONLINE