Mohd. Zakaria Mohd. Zali, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan selesai dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tukang proses ayam itu didakwa melakukan amang seksual dengan memegang kemaluan dan punggung adik kandungnya berusia 11 tahun di rumah mereka di Kampung Gudang Rasau, Jalan Gambang di sini pada pukul 7 petang, 8 Ogos 2017.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa memaksa mangsa memegang kemaluannya pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari masing-masing mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman ke atasnya diringankan dengan alasan dia merupakan orang kurang upaya (OKU) dan hanya menerima upah sebanyak RM30 sehari sebagai tukang proses ayam.