Tham Yik Keong, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zamri Bakar atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen hampir RM500,000, dua tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Yik Keong didakwa menerima deposit daripada seorang ahli perniagaan, Lew Yoke Fah, 59, berjumlah RM484.635 tanpa lesen sah yang diberikan mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 di RHB Bank Kepong, di sini, antara 22 Mei hingga 2 Jun 2017.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE