Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lee Wooi Keong, 46, yang mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar.

Mengikut pertuduhan dia didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 27, 275 gram di nombor 60-62 Kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bukit Tengah, Pulau Pinang pada pukul 3 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Semakan 1980) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B)(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Afiqah Zakaria manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 November depan untuk sebutan semula bagi serahan laporan kimia. - UTUSAN ONLINE