Ahmad Shahril Othman, 36, berkata, dia berasakan perkara itu yang terjadi pada Muhammad Adib kerana berdasarkan keadaan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki mereka dan  jentera Fire Rescue Team (FRT) mengalami rosak dalam kejadian itu.

"Perilaku perusuh berkemungkinan terjadi susulan mereka turut cuba membuka pintu EMRS yang dipandunya dengan tujuan untuk menyerang dan mencederakannya. 

"Saya beranggapan jika pintu cuba diceroboh oleh perusuh yang membuka pintu, mereka bertujuan memukul dan mencederakan saya," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah berhubung laporan polis yang dibuat penyelianya, Badrul.

Terdahulu, Ahmad Shahril membacakan semula laporan polis yang dibuat oleh penyelianya berhubung kejadian menimpa dirinya dan Muhammad Adib pada malam kekecohan di kuil tersebut.-UTUSAN ONLINE