Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kumpul dana: Hukuman penjara 15 tahun dikurangkan

Kumpul dana: Hukuman penjara 15 tahun dikurangkan

PUTRAJAYA 22 Jun - Seorang bekas perunding kewangan dan bekas pengurus kafe masing-masing diperintah menjalani hukuman penjara 10 tahun atas dua kesalahan mengumpul dana untuk manfaat kumpulan militan Daesh, tiga tahun lalu.

Perkara itu ditentukan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan akhir Rohaimi Abd. Rahim, 40, dan Muhamad Fauzi Misrak, 38, agar hukuman penjara 15 tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan, dikurangkan.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim diketuai oleh Tan Sri Suriyadi Halim Omar yang bersidang bersama Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Ramly Ali, Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham.

Kuorum berkenaan memerintahkan hukuman penjara bagi kedua-dua kesalahan berkuat kuasa serentak bermula pada tarikh tangkap pada 13 Oktober 2014.

Rohaimi mengaku mengumpul dana bagi manfaat kumpulan pengganas itu menerusi blog Revolusi Islam.com. manakala Muhamad Fauzi pula bersubahat dengan perayu pertama untuk mengumpul dana dengan membenarkan akaun Maybanknya digunakan dalam blog itu. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain