Hakim M.M Edwin Paramjothy memutuskan demikian terhadap KiniTV Sdn. Bhd., serta dua pengarahnya, Steven Gan atau nama sebenarnya Gan Diong Keng, 56, dan J. Premesh Chandran, 49, selepas pihak pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi yang dihantar semua orang kena saman (OKS) itu.

Mengikut pertuduhan, OKS mengaku tidak bersalah atas pertuduhan secara sedar memulakan penghantaran satu komunikasi yang bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain berupa paparan video dalam dua versi bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Dua video berkenaan adalah dengan tajuk Khairuddin: Apandi Ali not fit to be AG, he should quit immediately dan Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan.

Kedua-dua video berkenaan dipaparkan di pautanhttp://www.kinitv.com/video/3670308 dan http://www.kinitv.com/video/36708074 pada pukul 1.14 petang dan pukul 1.34 petang, 27 Julai 2016 serta telah dilihat di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, pada pukul 10 pagi, 2 Ogos tahun sama.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan  mengikut Seksyen 233(1)(a) dan Seksyen 244(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE.