Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pasukan pembelaan yang ketuai Hisyam Teh Poh Teik untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, tarikh pengurusan kes akan ditetapkan kemudian.

Semalam, Ahli Parlimen Bagan Datuk didakwa buat kali ke tiga di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan baharu melibatkan pecah amanah wang berjumlah RM260,000 milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.

Sementara itu, pada 19 Oktober dan 14 Disember tahun lalu, Zahid mengaku tidak bersalah atas 46 pertuduhan iaitu 11 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Dengan perkembangan itu, secara keseluruhan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram. - UTUSAN ONLINE