Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir

Penyelesaian itu dicapai di Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah Tengku Sarifuddin , 56, yang dinamakan sebagai defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dan turut menarik semula kenyataan yang dibuat pada April 2016.

Mukhriz, 53, memfailkan saman itu pada 3 Mei 2016 atas dakwaan defendan telah mengeluarkan empat kenyataan iaitu pada 15, 20, 23 dan 26 April tahun sama.

Empat tajuk kenyataan itu adalah, ‘Prime Minister’s Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister’; ‘Prime Minister’s Press Secretary Statement on Former DPM’s Reuters Interview’; ‘Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Minister’s Press Secretary’ dan ‘Prime Minister’s Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamad and Mukhriz Mahathir’.

Mukhriz mendakwa, kenyataan fitnah itu membawa maksud Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkomplot dalam kempen jahat bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah dan plaintif masih terbabit secara langsung dalam komplot antara Dr. Mahathir dan Muhyiddin. - UTUSAN ONLINE