Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh tersebut bagi mengetahui status permohonan tertuduh untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, peguam bela, Harvinderjit Singh yang mewakili tertuduh memaklumkan mahkamah pihaknya telah memfailkan permohonan tersebut pada 24 September lalu dan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah esok.

Pada 13 September lalu, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima hasil aktiviti haram melibatkan wang berjumlah RM9.5 juta melalui dua keping cek milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau turut menghadapi dua pertuduhan membuat suatu penyata tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014 dengan meninggalkan pendapatan RM9.5 juta. - UTUSAN ONLINE