Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mengunakan dadah jenis syabu di Balai Polis Bandar Utama di sini pada pukul 2.20 pagi, 4 Jun lalu.

Sementara itu, bagi dua lagi pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis ganja seberat 0.9 gram dan syabu seberat 0.15 gram di Kondominium Ritz Perdana 2, Bandar Damansara Perdana di sini,  pada pukul 12 tengah hari, tarikh yang sama. - UTUSAN ONLINE