Hakim Norashima Khalid turut memerintahkan Mohd. Fahmi Reza dihukum penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Norashima memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di dalam kes itu yang telah melalui perbicaraan penuh bermula 10 Jun 2016.

Bagaimanapun Norashima membenar perlaksaaan hukuman tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi.

Beliau turut menaikkan jumlah ikat jamin terhadap Mohd. Fahmi Reza daripada RM5, 000 sebelum ini kepada RM10, 000.

Mengikut pertuduhan, Mohd.Fahmi Reza didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook ‘Fahmi Reza’ di pautan https://www.facebook.com/photo.php?fbid, secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Perbuatan itu yang didakwa dilakukan oleh tertuduh kira-kira pukul 12.31 tengah hari pada 8 Februari 2016 telah dibaca di alamat Seraya Sdn. Bhd., Batu 3, Jalan Jelapang pada pukul 2.40 petang, hari sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sophian Zakaria sementara tertuduh diwakili peguam Syahredzan Johan. - UTUSAN ONLINE