Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd. Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Isnin ini terhadap kedua-dua tertuduh berusia 40-an itu mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Siasatan terhadap wanita yang juga Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) serta lelaki terbabit dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di mahkamah pada pukul 11 pagi dan mereka diiringi anggota polis keluar dari bilik reman pukul 12.20 tengah hari. - UTUSAN ONLINE