Umi Morny Mokhtar, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang beralamat di Lorong Seri Damai 14, Impian Perdana di sini didakwa melakukan penipuan terhadap Wan Norfazila Wan Zainal Adzwan, 44, untuk mendorongnya menyerahkan RM39,469.25 bagi urusan pelaburan emas yang tidak wujud.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di antara pukul 12.01 tengah malam 4 Julai 2017 sehingga pukul 11.59 malam, 7 Julai 2017 di sebuah premis beralamat nombor 14 Lorong Tas Ria 19, Taman Tas Ria di sini. - UTUSAN ONLINE