Tertuduh, Romzi Zahari, 46, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim S.Indra Nehru.

Mengikut 24 pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, Romzi yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Penempatan Semula

(RPS) Kemar, Gerik, didakwa pecah amanah dengan mengambil wang tunai antara RM450 hingga RM600 daripada RM349,650 keseluruhan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

sekolah itu yang sepatutnya diserahkan kepada 24 murid untuk kegunaan sendiri.

Bagi kesalahan tersebut, bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta

boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Romzi turut didakwa bagi 24 pertuduhan lain iaitu memalsukan dokumen yang merupakan Borang Akuan Penerimaan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin bagi tahun 2013

ke atas murid terbabit dengan niat supaya dokumen palsu tersebut digunakan bagi tujuan menipu.

Pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan lelaki terbabit di pejabat SK RPS Kemar, Gerik antara Julai dan September 2013.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya, Nurul Wahida Jalaluddin dan R.Kumuthambal manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Anuar Musa dan T.

Ellanggovan.

Indera Nehru membenarkan jaminan sebanyak RM24,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin yang merupakan ahli keluarga terdekat dan menetapkan 4 Oktober

ini sebagai tarikh sebutan untuk pengurusan kes.-UTUSAN ONLINE