Tan Kui Heong, 59, dan Khoo Soo Keng, 57, didakwa secara bersama membuat perakuan tidak benar tentang barangan dagangan yang diikrarkan sebagai beg plastik sedangkan barangan itu tidak wujud.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu secara bertulis se­perti yang dikehendaki oleh Akta Kastam 1967 di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara di sini antara Mei dan Disember 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 133(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa JKDM, Abdul Malek Awang [email protected] Ramli manakala Soo Keng diwakili peguam Datuk K. Subramaniam sementara Andy Ooi mewakili Kui Heong.

Pada prosiding itu Abdul Malek menawarkan jaminan RM5,000 untuk setiap pertuduhan bagi kedua-dua tertuduh namun dibantah oleh peguam mereka yang memohon agar jumlah jaminan dikurangkan.