Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap P. Gobinathan, 28, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menggunakan sebatang besi panjang dan topi keledar ke atas A.Saraswathy ,47, sebuah rumah di No.123-D Jinjang Selatan Tambahan, Sentul di sini pada pukul 2.30 pagi, 5 Januari lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan atau penjara maksimum tujuh tahun. - UTUSAN ONLINE.