Tertuduh, Datuk Seri Abdul Majid Zainal Abidin, 62, dan Zulfa'is Shah Ghapar Shah, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan dihadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki.

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan, mereka didakwa telah menipu Ang Kuah Cha, 53, dengan memperdayakan lelaki itu menyerahkan wang tunai RM100,000 bagi mendapatkan segala dokumen berkaitan tanah gantian kepada Syarikat Arena Juta Niaga Sdn. Bhd.

Perbuatan tersebut telah mendorong Kuah Cha menyerahkan sejumlah wang tersebut yang mana beliau tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Old Town White Coffee Kinrara Puchong Mesra pada pukul 2.30 petang 20 Oktober 2017.

Pendakwaan dikemukakan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Nom Phot Prackdit dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda. - UTUSAN ONLINE