Lelaki berusia 31 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap remaja berusia 13 tahun itu tanpa kerelaan mangsa di sebuah rumah di Kampung Boyan di sini pada satu hari Ahad tahun lalu.

Dakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Safiyatun Ahmadun mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Hakim Che Noralashiken Abd. Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 13 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE