Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman berkata, satu akaun digunakan untuk menerima dana termasuk geran daripada Yayasan 1Malaysia Development Berhad (Y1MDB) dan Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) dengan jumlah geran masing-masing sebanyak RM20 juta.

Dana-dana berkenaan, menurut Dr. Shamsul Anwar akan diagihkan kepada dua lagi akaun untuk digunakan bagi tujuan CSR dan perbelanjaan operasi syarikat.

“Syarikat telah menubuhkan akaun yang berbeza mengikut cadangan Datuk Abdul Aziz Ismail (Pengarah Kewangan).

“Satu akaun menerima wang daripada geran yang mana kemudiannya masuk ke dua akaun untuk program CSR dan perbelanjaan operasi. Ini dilakukan supaya kami tidak mencampurkan dana,” katanya. - UTUSAN ONLINE