Majistret Ahmad Afiq Hasan membenarkan suspek tersebut dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 bersama dua orang penjamin.

Lelaki berumur 40 tahun itu sebelum ini direman selama enam hari sehingga hari ini selepas ditahan di ibu pejabat SPRM pada Rabu lepas.

Sumber SPRM sebelum ini memberitahu individu tersebut dipercayai berperanan sebagai proksi dan ‘runner’ dalam urusan pemindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor. -UTUSAN ONLINE