Wanita berusia 61 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 29 Ogos lepas berhubung penyalah gunaan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan suspek dibebaskan dengan mengarahkan pasport diserahkan kepada SPRM.

Sementara itu, peguam Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang ditemui pemberita berkata, anak guamnnya memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sedia memberikan kerjasama sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh SPRM selepas ini.

"Malah, anak guam kami juga memuji tahap profesionalisme SPRM ketika menjalankan siasatan sepanjang tempoh tahanan ketika ditanya majistret," katanya.

Sebelum ini, siasatan awal SPRM mendapati wanita tersebut dipercayai terlibat bersama-sama tujuh lagi pegawai kanan di JPM yang lain menyalahgunakan peruntukan tersebut bagi tujuan peribadi.- BERNAMA