Tertuduh Koperal Hafizan Mohd. Norwawi, 30, yang bertugas sebagai pembantu automotif di Kem Batu 10, di sini membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Aling.

Mengikut kertas pertuduhan, Hafizan pada 24 Mac hingga 22 April lepas bertempat di mesin juruwang automatik (ATM) Maybank Petronas Jaya Gading, di sini didapati dengan curangnya telah menyalahgunakan wang berjumlah RM36,113.32 kepunyaan seorang anggota polis.

Sehubungan itu dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda. - BERNAMA