Perintah reman ke atas suspek berusia 49 tahun dikeluarkan di hadapan Majistret Rahimah Rahim kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Permohonan reman dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanyata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Khairi Abdul Karim bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, lelaki terbabit tiba di Mahkamah Majistret Seremban di sini pada pukul 10 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Lelaki itu ditahan SPRM semalam selepas seorang majikan mengadu dia diminta membayar wang bagi mengelak tiga pekerjanya yang merupakan warganegara Bangladesh dikenakan tindakan. - UTUSAN ONLINE