Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim sehingga 5 Oktober ini.

Abdul Azeez Abdul Rahim
TEMPOH reman Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Abdul Latif bagi membantu siasatan kes menerima rasuah disambung selama enam hari lagi. - UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

Selain itu, seorang lagi suspek yang turut direman pada Rabu lalu membabitkan kes sama dibebaskan hari ini.

Nazri Osman yang juga sepupu kepada Abdul Azeez dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 bersama seorang penjamin.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
berwarna jingga dan tangan digari.

Reman Aziz disambung
TEMPOH reman Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Abdul Latif bagi membantu siasatan kes menerima rasuah disambung selama enam hari lagi. - UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

Rabu lalu, ketiga-tiga suspek tersebut direman selama empat hari mengikut peruntukan 117 Kanun Acara Jenayah selepas membenarkan permohonan oleh SPRM. - UTUSAN ONLINE