Mazlan Abu Samah
Mazlan Abu Samah 

Kedua-dua majikan itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Rashidah Baharom selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Redzuan Othman, 36, didapati gagal melaporkan kemalangan maut pekerjanya, Mohamad Nashnawi Maula Rasip, 18, pada tahun 2010, dalam masa 48 jam selepas menerima pemberitahuan mengenai kemalangan pekerjanya.

Kesalahan itu hanya diketahui apabila Redzuan melaporkan kes tersebut pada 4 Oktober tahun lalu selain menerima aduan daripada waris pekerjanya itu.

Seorang lagi majikan, Mazlan Abu Samah, 45, sebagai majikan utama kepada Ahmad Mohtaram Sadiran, 54, didakwa atas kesalahan sama yang mana pekerjanya terlibat dalam satu kemalangan maut pada 11 November 2017.

Bagaimanapun, mengikut fakta kes, Mazlan hanya melaporkan kejadian tersebut kepada Perkeso pada 2 Oktober 2018.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam dituduh memgikut seksyen 94 (e), Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwaraya Perkeso Negeri Johor, Rahim Hashim. - UTUSAN ONLINE