Mereka yang dituduh ialah M. Sayhisvaran, 19; S. Ganes Kumar, 24; G.Sethu, 27; P. Sritharan, 23; S. Magheswaran, 25; V. Karthik, 26; S. Nanthakumar, 35, dan S. Gunabalan.

Turut didakwa T. Vivegananth, 25; S. Thiyagu, 29; K. Sukumaran, 30; Muhammad Hafiz Abdullah, 30; Lu Choon Chuan, 36; S. S Kesavan, 33; T. Thibagar, 27, dan Y. Karthik, 25.

Semua tertuduh diberi kawalan ketat.

Semua tertuduh diberi kawalan ketat.

Pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M. Vijayalakshmi namun tiada pengakuan direkodkan.

Kesemua mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 35 Sungai Petani dalam daerah Kuala Muda antara 1 Januari 2015 hingga 18 Julai lalu.

Mereka didakwa di bawah Subseksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah subseksyen yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun serta tidak lebih 20 tahun.

Kes pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dengan dibantu Muhammad Fadzlan Mohd. Nor tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 13 September ini dan tiada ikat jamin yang dibenarkan.

Media bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah atas faktor keselamatan.

Difahamkan, dua lagi ahli kongsi gelap akan dituduh pada 20 Ogos ini.-UTUSAN ONLINE