Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

14 lelaki didakwa ambil, pindah pasir secara haram

MAJISTRET MACHANG
SEBAHAGIAN daripada 14 lelaki yang didakwa mengambil dan mengalih pasir tanpa kebenaran sah di Mahkamah Majistret Machang hari ini.-UTUSAN

MACHANG 16 Julai - Seramai 14 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengambil dan memindahkan pasir secara haram pada 23 Februari lalu.

Kesemua tertuduh berusia 18 hingga 57 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.


Pertuduhan ke atas mereka dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Amal Razim Alias.


Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa secara bersama-sama mengambil dan memindahkan pasir di Jalan Tok Bok menuju ke Selising, Mukim Tok Bok, di sini tanpa kebenaran yang sah pada 12.30 tengah hari, 23 Februari lalu.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara 1965 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak melebihi RM500,000.


Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh kecuali seorang tertuduh yang berusia 18 tahun yang dibenarkan jaminan sebanyak RM2,000.


Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya Pejabat Tanah dan Galian Kelantan, Mohd. Helmi Mat Zin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Kes akan disebut semula pada 28 Ogos depan. bagi membolehkan kesemua tertuduh melantik peguam. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain